Saturday, August 1, 2009

Suami Dan Isteri

Isteri:Selalu saya lihat abang bawa gambar saya ke pejabat,kenapa?
Suami:Supaya setiap kali abang ada maslah,abang akan lihat gambar kamu dan masalah itu akan hilang.
Isteri:Wow bestnyer..rupanyer gambar saya mempunyai pengaruh yang kuat buat abang..(dalam hati kembang kuncup)
Suami:Tentu saja,setiap kali abang pandang gambar ni dan dalam hati berkata.."tiada masalah yang lebih besar dari masalah ni!"

Anaknya Lia

Sepasang suami isteri bertengkar kerana anak mereka yang bernama Lia,nama yang diberikan oleh si suami ketika anaknya baru lahir dahulu.

Mama:Kan saya dah cakap dulu,jangan beri nama anak kita Lia!
Papa:Kenapa?kan nam tu cantik dan sedap didengar?
Mama:Tapi saya yang kena berkorban perasaan..Jiran tetangga di sini selalu memanggil saya..itu..mamalia..mamalia!

Bunuh suami
Seorang wanita dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh suaminya sendiri.

Peguam:Kenapa kamu membunuh suami kamu?
Wanita:Kerana setiap pagi apabila bangun dari tidur dia akan bertanya kepada saya.
Peguam:Apa pertanyaannya sehingga kamu sanggup membunuh dia?
Wanita:Dia bertanya..."Di mana saya sekarang Vivian?"
Peguam:Apa salahnya pertanyaan itu?
Wanita:Kerana nama saya Susan,bukan Vivian!

No comments:

Post a Comment