Saturday, August 1, 2009

Pelajaran Form 8

SUBJEK : Sejarah

1. Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?
A: Alfonso D' Albuquequer B: Albontot D' Abukaki
C: Al apobondo nih C: Al..Al..Alpa romeo

2. Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?
A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

3. Siapakah pegawai British di Sarawak?
A: James Brook B: James Beruk C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot E: Khalid Jamlus

4. Kenapa Hang Jebat mengamuk?
A: Kerana mengetahui Hang Tuah mati dibunuh Soltan.
B: Aweknya dikebas datuk bendahara.
C: Kalah main takraw dengan anak buah Hang Kebun.
D: Terlalu meminati Bandi Amuk, sebab tu la mengamuk.

5. Siapakah nama isteri Parameswara?
A: Parameswari B: Parameswaja C: Pramugari
D: Pramugara terlampau


SUBJEK : Ekonomi Asas

1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?
A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu.

2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.
A: Sistem Barter B: Sistem batu bata
C: Sistem kasut Bata D: Sistem Marjerin dan butter

3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?
A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.
B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.
C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.
D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.

4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?
A: Duitmu duitku jua, duitku duit untuk biniku.
B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.
C: Makan dulu, baru bayar.
D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang bayar hutang.

5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?
A: Kumpulan Search B: Kumpulan KRU
C: Kumpulan Kekanak Spastik D: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.


Subjek : Sains

Tindakan Telekinetik merupakan tindakan apa?
A: Melempang orang secara tiba-tiba apabila perut dicucuk dengan jari.
B: Flying kick ketua kampung semasa bunyi mercun meletup.
c: Terkincit cair semasa mendengar suara harimau dalam hutan.
D: Menyorok dalam kain Tok Imam semasa dengar bunyi siren polis.

Apabila kita menyedut Oksigen, kita akan melepaskan.....
A: Gas Hidrogen B: Gas monoksida (kentut cirit)
C: Gas Petronas D: Gasing

Pilih mana yang berkenaan berkaitan dengan mikroorganisma....
A: Sejenis binatang yang sangat kecik sehingga takleh dilihat ngan mata kasar (mata keranjang boleh).
B. Makhluk halus belaan Ayah Pin
C: Binatang kecik yang hanya lepak kat longkang-longkang dan tempat najis
D: Kumpulan binatang yang menubuhkan pasaraya Makro Organisma

No comments:

Post a Comment