Tuesday, May 19, 2009

Suami Yang Taat

Kisah Kasih Suami Pada Isteri Pak Mat adalah penduduk sebuah pondok di
Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama
Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-
jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali
sehari.Pak Mat pergi pada waktu pagi,tengah hari dan petang untuk menyiram kubur
isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan
penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awal ni terlalu cintakan
isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana x ada siapa lagi di kampung
ini buat begitu." Pak Mat menjawab, " sebenarnya sebelum Maznah hendak
menghembuskan nafas terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau
hendak kahwin lain pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dulu."
" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh..."

No comments:

Post a Comment