Wednesday, June 24, 2009

Cerita abang Muammar

Lelaki angau

SEORANG lelaki tertarik dengan kejelitaan seorang gadis yang duduk di sebelahnya dalam sebuah bas. Tidak tahan dengan perasaannya, lelaki itu tiba-tiba memegang tangan gadis berkenaan, menyebabkan dia menjerit. Gadis itu segera menekan loceng dan turun dari bas.

"Nampaknya awak sangat suka kepada gadis tadi," kata pemandu bas itu tidak lama kemudian.

"Memang. Saya sudah jatuh cinta kepadanya," jawab lelaki itu.
"Awak nak pegang tangan dia?"
"Tentu!"
"Begini. Malam esok dia akan duduk sendirian di sebuah taman. Keadaan memang gelap, tetapi awak pergilah ke sana dengan berpura-pura sebagai nenek mencari
cucunya. Mengadu kepada gadis itu dan mintalah apa saja, pasti dia tidak membantah."

Malam esoknya, lelaki angau itu pun pergi dan melakukan seperti pesan pemandu bas berkenaan. Dia mendekati seorang gadis yang duduk dalam gelap. Selepas puas hati kerana dapat memegang tangan gadis itu, lelaki berkenaan pun ketawa besar. "Ha..ha..ha.. Aku sebenarnya lelaki yang cuba memegang tangan kau dalam bas semalam," katanya bangga. "Ha..ha..ha.. Aku pulak sebenarnya pemandu bas yang kau naik semalam!" jawab 'gadis' itu.

Pelanggan lari

SELEPAS selesai mencabut gigi seorang kanak-kanak, doktor itu pun membuat bil untuk diserahkan kepada ibu pelanggannya.
DOKTOR: Ini bilnya, puan.
IBU: Apa? RM150? Mahalnya! Tak boleh kurang sikit ke?
DOKTOR: Maaf, puan. Saya tak dapat beri apa yang puan ! minta.
IBU: Tapi, sebelum ini awak kata bayaran yang dikenakan untuk mencabut gigi seorang kanak-kanak hanya RM20!
DOKTOR: Betul. Tapi tadi anak puan menjerit kuat sangat. Habis semua pelanggan saya untuk hari ni cabut lari!

Pokok manggis

SEORANG petani cuba menunjuk pandai apabila melawat sebuah ladang buah-buahan.Tidak lama kemudian, dia ternampak pengurus ladang itu sedang menanam sebatang pokok baru. Selepas beberapa ketika melihat tingkah laku pengurus itu, petani berkenaan pun memberikan pendapat.
"Saya rasa cara encik ni dah ketinggalan zaman. Saya tak terkejut pun kalau pokok mangga ini berbuah tidak lebih daripada dua biji setahun," kata petani itu
dengan yakin."Saya pun tak terkejut juga. Ini pokok manggis," balas pengurus itu.

Lembu gila

DUA ekor lembu sedang berbual di satu kawasan ragut.
LEMBU 1: Kau ada dengar pasal penyakit lembu gila
sekarang ni?
LEMBU 2: Ada! Nasib baik kita ni badak!

No comments:

Post a Comment