Thursday, June 25, 2009

Ibu !!

Bila dahaga, yang susukan aku.... ibu

Bila lapar, yang suapkan aku....
ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
ibu

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
ibu

Bila bangun tidur, aku cari....
ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ....
ibu

Bila nak bermanja, aku dekati....
ibu

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... ibu

Bila nakal, yang memarahi aku....
ibu

Bila merajuk, yang memujukku cuma....
ibu

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
ibu

Bila takut, yang tenangkan aku....
ibu

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
ibu

Aku selalu teringatkan ....
ibu

Bila sedih, aku mesti talipon....
ibu

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
ibu

Bila bengang.. aku suka luah pada..
ibu

Bila takut, aku selalu panggil... "iibbbuuuu !!

"Bila sakit, orang paling risau adalah....
ibu

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
ibu

Bila buat hal, yang marah aku dulu....
ibu

Bila ada masalah, yang paling risau....
ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... ibu

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
ibu

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
ibu

Yang selalu berleter kat aku...
ibu

Yang selalu puji aku....
ibu

Yang selalu nasihat aku....
ibu

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari.......
ibu

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
ibu

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
ibuku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....
ibu

Bila sambut ulangtahun kahwin.... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu..
ibu ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
ibu

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
ibu

Renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim
wang untuk
ibu?mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Semoga kita semua sentiasa menghargai ibu kita..Bukannya 13 Mei sahaja hari ibu..Hari ibu ialah setiap hari dalam hidup kita..pulanglah ke pangkuan ibu ketika ibu masih bernyawa... bukannya meratap ketika ibu sudah tiada.... ( for my sister A.K.A my ibu A.K.A Nurul Aqma A.K.A Nenek Kebayan, jgn marah ha )

No comments:

Post a Comment