Friday, June 5, 2009

Teka Teki

Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air
terjun..sebab dia berani terjun

Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...
jwpn: kura-kura..ala tu pun x tahu...keluar HEAD....x paham jugak.ala kepala le..

Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam la
..... ha jwp2.... ...siput babi laaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak....

Kalau anda ni semuanya pandai cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi.

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.
..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu

kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?

jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ...ahhh sape dapat jawab????
jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..nih antara
pasangan bercinta

Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?
orang india tu jatuh lah..

Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?...
jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau
x...hehehhe mesti dapat sorang sebiji

benda apa kalau naik x turun dah?
jwpn dia umur la.

KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?
SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT
TAYAR HADAPAN

cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?
jawapannye betina ler..pasal dia pakai pad.

Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah.........
Gajah patah apa rasanya ya???? Gajah PATAH BALIK la

Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari
lembu yang hilang lah . kalau x hilang siapa yg ada masa nak kisah pasal lembu.

Hidupan apa didalam laut paling tua.
jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..

Cube teka ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri.......?
jawapannye kaki la

Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu...
jawapan nyer :ikan sardin.sebab nyer dier duduk dlm tin..

ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU?
tutup hidung korg la

APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG?
HA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK X SESUAI LE

No comments:

Post a Comment