Betullah bak kata orang. Bila ada di depan mata, tak pernah di
hiraukan.
Malahan, tak berterima kasih dan bersyukur langsung akan kehadirannya.
Kini, barulah aku sedar akan hakikatnya..aku terpaksa menerima
kenyataan
yang dia sudah tiada lagi disisiku. Malahan aku terpaksa menerima
hakikat
bahawa dia bukan milikku lagi.
Sebak di dada kurasakan. Menitis air mataku mengenangkan sejarah
silamku
dan dia. Tiada siapa yang dapat memahami akan perasaanku yang terluka.
Aku menyendiri, tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Tak mahu berjumpa
dengan
mak dan ayah yang telah memisahkan kami berdua apatah lagi dengan
wanita
yang
bakal menjadi isteriku itu. Biarlah aku pendam sebuah luka di hatiku.
Kini, malamku terasa begitu sunyi...tidak seperti dulu sewaktu aku
bersamanya..
Sukar untuk aku melelapkan mata. Ku pusing ke kanan,ku pusing ke
kiri, tak
bisa
juga aku melelapkan mata. Dia kembali menerjah ke fikiranku. Oh
tuhan...mengapa
ini mesti terjadi pada diriku?
Mengapa sanggup kedua ibu bapaku memisahkan kami berdua?
Tidakkah mereka tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini?
Tidakkah mereka tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini?
Tidakkah mereka mengerti bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya?
Aku tak dapat menahan lagi kesedihan yang ku pendam dan sebak di
dadaku.
Tanpa ku sedari, aku meraung sekuat hati "Kamu semua kejam, kejam,
kejaaaaam"
"Kenapa dengan kau ni?"...ayah tiba tiba muncul didepanku. Dalam
hatiku
seraya berkata "eleh...sudah gaharu cendana pula...sudah tahu
bertanya pula
orang tua nih".
Mak menghampiriku dan duduk disebelahku.
"Man, bukan niat ayah dan mak engkau nak buat begitu. Ini untuk
kebaikan
kau juga.
Takkan bila dengan si Milah tu pun kau nak bawa dia bersama? Apa kata
Milah
nanti?"
"Apa berdosakah Man kalau Man bawa dia bersama? Kalau Milah sayangkan
Man,
Milah akan terima dia sebagai madunya. Apa salah dia? Apa salah kami,
mak,
ayah?"
Tiba tiba ayah naik berang "Tak salah kau kata? Halo...umur tu dah
berapa....
kahwin kau minggu depan je lagi. Takkan kau nak bawak bantal busuk
kau tu
sekali?
Mangkuk ayun punya anak".
Aku terkedu tak terkata.
Moral of the story : tak tahulah kalau ada yang tua bangka tu still
dok
gentel bantal busuk malam malam. Malulah sikit!!
Wednesday, July 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment